Sunday, 13 January 2013

takdir untuk kita


assalamualaikum.
first of all, ana rasa bersyukur dengan izinNYA, ana dapat membuat satu laman dimana kita dapat berkongsi pelbagai ilmu.

ilmu bukanlah sekadar dicari di sekolah, atau di tempat2 formal, malah di laman sosial yang kononye sangat2 melekakan juga dapat menambah ilmu pengetahuan,
semua bergantung pada diri kita yang menolak mentah2.

macam biasa, kalau dah namanya baru, pasti ada yang dipandang hina dan serba kekurangan,
so, ana harap masih ada para blogger yang sudi berkongsi ilmu mahupun pengalaman pada ana.
sape tahu ilmu yang dipandang remeh tapi dimanfaat secara terus menerus dapat memberi 1001 keindahan.



usahlah kita hanya memandang ke hadapan yang nun jauh di penglihatan sana, mungkin kita perlu juga sekali kala menoleh sejenak kebelakang, dari mana kita datang, mengenang kekalahan untuk merebat kegemilangan, ceehhh ayat saya. hahah

Allah tidak akan alpa untuk menguji kekuatan dan keimanan kita, cuma  atas dasar diri kita sendiri untuk menilai ujian tersebut, adakalanya kita sebagai manusia juga lupa ia adalah ujian, mraih pelbagai kejayaan itu juga ujian yg amat berat wahai saudara, adakah kita riak, atau membantu yang kurang sependapatan dengan kita sewaktu kita berada diatas? berapa ramai masyarakat kini yg dambakan kedudukan atas tanpa menghiraukan pentingnya salur bantuan mereka dibawah??


berkurung diri dalam masjid itu zuhud?


"biarkan dunia di luar, itu semua duniawi" aku mahu jadi hamba yang zuhud,
nahhh itukah pandangan pertama kali anda ketika telingan dengar perkataan zuhud?

adakah zuhud itu yang lupa akan duniawi langsung?
 yang langsung tidak ambil perihal dunia?
yang menolak dunia?

sebelum otak kita mula menganalisis apa yang cuba diperdebatkan tentang zuhud,
tahulah apa itu zuhud?

ZUHUD ADALAH MENGUASAI DUNIA, TANPA IA KUASAI KITA. 
TANGAN MENGGENGGAM DUNIA TAPI HATI MEMANDANG AKHIRAT.
ZUHUD BUKAN MENOLAK DUNIA, DAN KONSEP MENOLAK DUNIA ADALAH SATU BENDA YANG ASING DALAM ISLAM.

KALAU BETUL KONSEP ITU, PLEASE DEHH SEBUTKAN NAMA SAHABAT YANG MENOLAK DUNIA?  SAIDINA ABU BAKAR? ABDUL RAHMAN BIN RAUF? SAIDINA UTHMAN?
SEMUA MENERIMA DUNIA WAHAI ANTUM.

jangan tolak dunia, dan jangan berkurung diri 24/7 dalam masjid, itu fahaman  yang berlatar belakangkan kuil, dan kain oren/merah.

banyak ayat ALQ yang menunjukkan menerima dunia, islam bukan semata-mata di dalam masjid, ISLAM itu cara hidup,

tetapi, yes ada lagi tapinya, hahha
jangan lah pula kita berada dalam satu lagi pandangan, apa tu?
carilah rezeki, tapi jangan asyik sibukkan diri dengan perihal kekayaan dan mencari duit sahaja. Matlamat islam bukanlah sekadar kemewahan/prosperity, kita hamba Allah, bukan hamba duit .,
agama kita islam, fahaman kita islam bukan marxist. kalau pengikut marxist memang la hidup bertunjangkan ekonomi. tapi kita islam asas kita aqidah, dunia akan menyusul kemudian



lepas ni pula, jangan lah dah tau kita kaya
kita pakai sememeh -memehnya, aduhaii. kononnye zuhud punya pasal,. kita kaya, tapi tunjukkan kekayaan itu berpunca daripada Allah.
mungkin makcik kat supermarket akn cakap "cantiknya baju kau jaahhh"
kita jawablah , "alhamdulillah, ini semua rezeki daripada Allah"
kita kaitkan semua apa yang kita ada  , semua itu hak Allah..
pakailah pakaian yang kamu rasa slesa, mungkin mereka yang miskin, terdetik mahu minta sedekah.
ha!! kita pon dapat pahala, dia pon dapat motivasi. kan?